Friday, September 3

Selamat Berpuasa & Berhari Raya


Kepada warga Kemahang saya mengucapkan Selamat Berpuasa & Selamat menyambut Hariraya, maaf zahir & batin.

Saturday, August 14

Lipis International Motorcross & Cross Country Race 2010



Kemahang- Taman Tasik Burung Mandi sekali lagi akan dikunjungi oleh pelumba-pelumba handalan motorcross dalam dan luar negara bagi menyahut cabaran Lipis International Motorcross & Cross Country Race 6 - 7hb November2010.Perlumbaan yang akan diadakan adalah sempena Keputeraan Ke 80 Kebawah Duli Sultan Pahang.
Seperti biasa Lipis International Motorcross ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Pahang dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dengan kerjasama Pejabat Daerah Lipis serta JKKKK Kemahang Hilir. Perjalanan perlumbaan kali ini akan dikendalikan oleh B.M.I. Engineering Sdn.Bhd yang diketuai Brett MacNamara serta Steven Lee yang telah diketahui cukup berpengalaman dalam mengendali perlumbaan-perlumbaan sebegini. Berikut adalah maklumat-maklumat berkenaan perlumbaan :
Kategori : Motorcross - Trailbike RM 80.00
- Cubcross / Klasik RM 60.00
- Veteran 40+ RM 80.00
- Novice RM 80.00
- Expert RM 80.00
Cross Country - Cubcross / Klasik RM 60.00
- Veteran 40+ RM 80.00
- Novice RM 80.00
- Expert RM 80.00
Hadiah keseluruhan bagi Lipis International Motorcross ini berjumlah RM 40,500.00:
Hadiah : Tempat 1 - ke 5 wang tunai dan medal setiap ketegori
Tempat 6 - ke 10 wang tunai setiap ketegori
Kemudahan : tapak perkhemahan di sediakan, jualan makanan, tandas, surau serta paddock.
Bagi yang ingin menyertainya bolehlah mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi pegawai di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

Friday, August 6

Telekom mana streamyx kampung kami!!!!

Kemahang- Kami kat Kg.Kemahang mengharap sangat mana-mana yang ada `power` tu tolong-tolonglah dapatkan perkhidmatan streamyx dikg.ni. Kami mengarapkan pengarah Telekom Pahang Dato Wan Danial jengok-jengoklah sikit kg.kami. Rasa terkilan juga ,kg. disebelah semuanya ada, kg kami ditengah tak ada streamyx .Benta,Budu,Tg.Besar,Jerangsang ada, kenapalah kg.kami ditinggalkan???????