Saturday, May 22

Konvoi Amal Bermotosikal

22/05/2010- SK Kemahang & JKKK Kemahang Hulu menerima kunjungan konvoi bermotosikal bertemakan ` Jati Diri Pemangkin Budaya Kerja Cemerlang ` yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Dan Sukan ( BAKSU ) Dan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah ( KEPTAN ) Jabatan Pelajaran Pahang.

Program sehari ini melibatkan seramai 80 orang peserta konvoi bermotosikal dari JPN Pahang serta kerjasama dari PPD Lipis & SK Kemahang menjalankan aktiviti amal termasuklah bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan, kawasan masjid, klinik dan sekolah,diikuti menanam pokok buah-buahan di kawasan SK Kemahang.

Program yang diresmikan oleh YB Mohd Soffi ini tamat jam 6.30 petang setelah selesai acara sukaneka dan majlis penyampaian hadiah.