Sunday, October 19

Putera Kedua



Penduduk Kemahang tambah lagi weh ( gambar )
Di lahirkan pada 15/10/2008 jam 10.10 malam di Hospital Kuala Lipis.Ia di beri nama Aniq Amdhar.

Monday, September 29

Selamat Hariraya Aidilfitri


Selamat Hariraya Aidilfitri maaf zahir & batin.













Tuesday, September 2

Pegawai Awam Mulut Celupar ( PKK )

Aku pada 18-22hb ogos 2008 yang lalu telah mengikuti Kursus Landskap & Simenfiro anjuran Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Pahang ( PKK ) serta dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Pahang ( PKMM ) & Jabatan Landskap Negara bertempat di Rainforest Resort Kuala Tahan, Jerantut.
Aku bukannya nak bercerita sangat pasal kursus tu , tapi aku nak bagi tau kau orang ada sorang pejawat awam yang mengendalikan kursus tu ikut suka dia aje nak cakap, mulut dia ni tak ada filter langsung(PTA J29 yang bekerja kat PKK Caw.Pahang ) .
Aku salah sorang yang dapat maki hamun dan jugak di halau dari menghadiri kelas amali yang di jalankan oleh beliau, aku sebenarnya tak kisah sangat kena halau ni , tapi yang aku benggang sangat pak aji pun kena halau sama atas alasan memakai baju T round neck, tapi yang perempuan tak dihalau pulak tu, walaupun mereka memakai baju kurung dengan kasut tumit tinggi. Entahlah pegawai ni fikir perempuan nak pakai apa-apa pun masa amali dia tak kisah.Aku rasa pegawai ni kena fikirlah sikit, kursus ni peserta bayar RM 550.00 tiap sorang , dia pun peserta kursus tanggung duduk kat resort tu..., siap boleh bawak anak bini sekali. Takkan tu tak boleh fikir, ni sampai boleh halau tuan yang beri kemudahan kepada dia dan anak bini dia bercuti.Binatang pun tau menghargai tuannya.
Aku mengharapkan pihak PKK dapat mengambil tindakan segera agar perkara-perkara begini tidak berulang lagi, serta tidak menimbulkan keraguan dipihak orang awam terhadap
penjawat awam.

Selamat Berpuasa

Di kesempatan Ramadhan ni aku ucapkan pada semua orang kampung selamat berpuasa , mudah-mudahan puasa kau orang semua di terima oleh Allah s.w.t.

Sunday, February 24

Al-fatihah

Kemahang-
Ayahnda Abd.Razak Bin Nordin ( Dee Ajak ) telah kembali ke Rahmahtullah pada pagi tadi jam
12.15am (24/2/2008 )akibat sakit lelah di Hospital Besar Kuala Lipis , jenazahnya telah dibawa ke kampung Kemahang jam 2.00 pagi dan urusan pengkebumian sedang diuruskan , sehingga berita ini dilapurkan kubur masih lagi belum siap . Di jangkakan pengkebumian siap dilaksanakan sebelum waktu asar nanti.

Sekian

Thursday, January 31

KAHWIN

Kat kampung Kemahang Hilir pada 9/2/08 nanti majlis perkahwinan anak Abg Din ( Din Alek 30.000) akan dilangsungkan. Pada saudara mara yang belum lagi beliau hubungi , tunggu ajelah jemputan tu.

Dan satu lagi majlis memjemput menantu akan berlangsung pada 17/2/08 di Kemahang Hulu . Shahbuddin Bin Abdul Manaf akan mengadakan majlis ini di rumah ibunya ( Makcu Esah ) dekat rumah ayahchu . Mana-mana yang berkenaan semuanya kalau boleh hadirlah.

Sunday, January 27

Kemahang Kini

Alhamdulillah syukur orang Kemahang banyak benda dapat dari kerajaan tahun ni. Pertama sekali masjid Kemahang dah berwajah baru, siap dengan menaranya sekali , senang sikit nak panggil orang pergi masjid, tambah pulak parking baru dah siap kat tapak masjid lama ,nanti penduduk Kemahang nak sembahyang raya tak payahlah sibuk-sibuk cari parking


Jalan-jalan menghala kat rumah orang kampung semuanya dah premix,rumah tok 4, rumah pakcik Jaafar Kg.Tua ,rumah Mat Sulah,rumah arwah Ali Untung,rumah arwah cikgu Baha,rumah Mahadi,rumah Bakar,rumah Man Tukang,rumah abg Din,rumah tok 4 lama,rumah arwah Pak Long, rumah We Zaimah,rumah Dee Ajak,kedai Nani,rumah abg Bad,kubur baru dan kawasan balairaya semuanya tak kotorlah tayar kereta.

Aku nak cakap bukanlah semua rumah dapat jalan, ada jugak yang tak termasuk dalam senarai,mungkin kemudian sikit kot atau budget tak cukup kali ni, sian jugak aku tengok orang yang tak dapat jalan ke rumah dia orang tu, tapi dia orang faham dan tak salahkan sapa-sapa, nanti sampailah giliran rumah dia orang tu.

Nak tengok gambar kampung klik disini.

Wednesday, January 23

Benta RC Car Club

Benta:
Kelab Kereta Kawalan Jauh Benta ( RC Car ) mempelawa saudara yang berminat untuk menyertai kelab ini bagi meramaikan ahli-ahli yang sedia ada.Setakat ini kelab RC Benta masih lagi ingin mengumpul ahli seramai yang mungkin agar impian untuk mendapat litar yang sebenar dapat direalisasikan.

Sementara itu kertas kerja permohonan untuk mendapat tempat bagi membina litar sudah siap dilaksanakan dan telahpun mendapat 'green light' dari YB Ahli Parlimen Lipis, mudah-mudahan usaha ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar ahli kelab ini tidak lagi bermain dilitar sementara iaitu stesen bas Benta bimbang ianya mengganggu keselamatan penonton-penonton yang menyaksikan aksi-aksi ahli-ahli kerana tiada pagar antara penonton dan litar.

Kalau nak tengok gambar klik sini

Tuesday, January 22

Kembali Ke Rahmahtullah

Tanjung Besar-
Bekas penghulu Tanjung Besar iaitu Encik Ahmad telah kembali ke rahmahtullah hari ini di Hospital Ampuan Afzan awal pagi tadi. Jenazahnya telah dibawa balik ke kampung beliau , dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tanjung Besar.


Semoga Allah mencucuri rahmah keatasnya......amin

Sunday, January 20

Badak Terjun Lubang

Kemahang Hilir;
Seorang penoreh getah hari ini terperanjat besar kerana telah menjumpai seekor badak ( tapir ) yang terjatuh ke dalam lubang tempat beliau menoreh.

Penoreh getah tersebut Pok De Wee menceritakan, semasa beliau hendak menoreh baris getah yang terakhir beliau amat tereranjat mendengar jeritan yang kuat berhampiran dengannya, beliau memberanikan diri mencari arah jeritan tersebut,setelah diamati ianya datang dari lubang yang telah ketahui selama ini.

Setelah memeriksa lubang tersebut beliau mendapati seekor badak yang besar terperangkap didalamnya. Beliau kemudiannya memaklumkan kepada orang kampung serta Jabatan Bomba supaya usaha untuk menyelamat badak tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Sehingga berita ini ditulis usaha menyelamat masih dijalankan dengan bantuan dari Jabatan Perhilitan Negeri Pahang.

Pembukaan

Assalamualikum;

Salam buat semua penduduk Kemahang samada yang ada di kampung ataupun diperantauan,
aku membuka blog ini agar kita sama-sama dapat menyalurkan berita kampung secepat mungkin kepada semua warga kemahang, disamping itu blog ini bolehlah dijadikan platform untuk kita sama-sama menyumbangkan fikiran bagi memajukan kampung kita dari segenap segi, terutama sekali dalam ekonomi.

Aku mengharapkan kalau kau orang ada masa, ada apa-apa yang nak disampaikan masukkan aje dalam blog ni, tak kira macamana kau orang tulis janji kita faham.

Terima kasih,

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Takziah diucapkan kepada keluarga Sabri Yunus ( Manir ) yang kembali ke Rahmatullah pada 6/1/08 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada jam 1.45pagi. Jenazah beliau selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemahang Hilir jam 2.30ptg pada hari yang sama.

Moga rohnya dicucuri rahmat....amin

Jemaah Haji

Assalamualaikum;

Selamat kembali kepada pasangan Rosli Nari ( Abang Kema) & Zubaidah Karim ( Kak Bedah ) dari menunaian haji di Tanah Suci Mekah , mudah-mudahan pasangan ini mendapat haji yang mabrur.

Kita bila lagi ?