Thursday, January 31

KAHWIN

Kat kampung Kemahang Hilir pada 9/2/08 nanti majlis perkahwinan anak Abg Din ( Din Alek 30.000) akan dilangsungkan. Pada saudara mara yang belum lagi beliau hubungi , tunggu ajelah jemputan tu.

Dan satu lagi majlis memjemput menantu akan berlangsung pada 17/2/08 di Kemahang Hulu . Shahbuddin Bin Abdul Manaf akan mengadakan majlis ini di rumah ibunya ( Makcu Esah ) dekat rumah ayahchu . Mana-mana yang berkenaan semuanya kalau boleh hadirlah.

Sunday, January 27

Kemahang Kini

Alhamdulillah syukur orang Kemahang banyak benda dapat dari kerajaan tahun ni. Pertama sekali masjid Kemahang dah berwajah baru, siap dengan menaranya sekali , senang sikit nak panggil orang pergi masjid, tambah pulak parking baru dah siap kat tapak masjid lama ,nanti penduduk Kemahang nak sembahyang raya tak payahlah sibuk-sibuk cari parking


Jalan-jalan menghala kat rumah orang kampung semuanya dah premix,rumah tok 4, rumah pakcik Jaafar Kg.Tua ,rumah Mat Sulah,rumah arwah Ali Untung,rumah arwah cikgu Baha,rumah Mahadi,rumah Bakar,rumah Man Tukang,rumah abg Din,rumah tok 4 lama,rumah arwah Pak Long, rumah We Zaimah,rumah Dee Ajak,kedai Nani,rumah abg Bad,kubur baru dan kawasan balairaya semuanya tak kotorlah tayar kereta.

Aku nak cakap bukanlah semua rumah dapat jalan, ada jugak yang tak termasuk dalam senarai,mungkin kemudian sikit kot atau budget tak cukup kali ni, sian jugak aku tengok orang yang tak dapat jalan ke rumah dia orang tu, tapi dia orang faham dan tak salahkan sapa-sapa, nanti sampailah giliran rumah dia orang tu.

Nak tengok gambar kampung klik disini.

Wednesday, January 23

Benta RC Car Club

Benta:
Kelab Kereta Kawalan Jauh Benta ( RC Car ) mempelawa saudara yang berminat untuk menyertai kelab ini bagi meramaikan ahli-ahli yang sedia ada.Setakat ini kelab RC Benta masih lagi ingin mengumpul ahli seramai yang mungkin agar impian untuk mendapat litar yang sebenar dapat direalisasikan.

Sementara itu kertas kerja permohonan untuk mendapat tempat bagi membina litar sudah siap dilaksanakan dan telahpun mendapat 'green light' dari YB Ahli Parlimen Lipis, mudah-mudahan usaha ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar ahli kelab ini tidak lagi bermain dilitar sementara iaitu stesen bas Benta bimbang ianya mengganggu keselamatan penonton-penonton yang menyaksikan aksi-aksi ahli-ahli kerana tiada pagar antara penonton dan litar.

Kalau nak tengok gambar klik sini

Tuesday, January 22

Kembali Ke Rahmahtullah

Tanjung Besar-
Bekas penghulu Tanjung Besar iaitu Encik Ahmad telah kembali ke rahmahtullah hari ini di Hospital Ampuan Afzan awal pagi tadi. Jenazahnya telah dibawa balik ke kampung beliau , dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tanjung Besar.


Semoga Allah mencucuri rahmah keatasnya......amin

Sunday, January 20

Badak Terjun Lubang

Kemahang Hilir;
Seorang penoreh getah hari ini terperanjat besar kerana telah menjumpai seekor badak ( tapir ) yang terjatuh ke dalam lubang tempat beliau menoreh.

Penoreh getah tersebut Pok De Wee menceritakan, semasa beliau hendak menoreh baris getah yang terakhir beliau amat tereranjat mendengar jeritan yang kuat berhampiran dengannya, beliau memberanikan diri mencari arah jeritan tersebut,setelah diamati ianya datang dari lubang yang telah ketahui selama ini.

Setelah memeriksa lubang tersebut beliau mendapati seekor badak yang besar terperangkap didalamnya. Beliau kemudiannya memaklumkan kepada orang kampung serta Jabatan Bomba supaya usaha untuk menyelamat badak tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Sehingga berita ini ditulis usaha menyelamat masih dijalankan dengan bantuan dari Jabatan Perhilitan Negeri Pahang.

Pembukaan

Assalamualikum;

Salam buat semua penduduk Kemahang samada yang ada di kampung ataupun diperantauan,
aku membuka blog ini agar kita sama-sama dapat menyalurkan berita kampung secepat mungkin kepada semua warga kemahang, disamping itu blog ini bolehlah dijadikan platform untuk kita sama-sama menyumbangkan fikiran bagi memajukan kampung kita dari segenap segi, terutama sekali dalam ekonomi.

Aku mengharapkan kalau kau orang ada masa, ada apa-apa yang nak disampaikan masukkan aje dalam blog ni, tak kira macamana kau orang tulis janji kita faham.

Terima kasih,

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Takziah diucapkan kepada keluarga Sabri Yunus ( Manir ) yang kembali ke Rahmatullah pada 6/1/08 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada jam 1.45pagi. Jenazah beliau selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemahang Hilir jam 2.30ptg pada hari yang sama.

Moga rohnya dicucuri rahmat....amin

Jemaah Haji

Assalamualaikum;

Selamat kembali kepada pasangan Rosli Nari ( Abang Kema) & Zubaidah Karim ( Kak Bedah ) dari menunaian haji di Tanah Suci Mekah , mudah-mudahan pasangan ini mendapat haji yang mabrur.

Kita bila lagi ?